fb fb fb fb fb

MPHS keluar 25 notis tutup sementara tapak perkhemahan berisiko bencana

BATANG KALI, 17 Disember- Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengeluarkan sebanyak 25 notis penutupan sementara selama tujuh hari kepada tapak-tapak perkhemahan yang berisiko dilanda bencana di sekitar Hulu Selangor.

Menurut Yang Dipertuanya, Mohd Hasry Nor Mohd, tindakan itu susulan arahan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming semalam agar semua tapak perkhemahan berhampiran sungai dan lokasi berisiko tinggi di seluruh negara ditutup selama tujuh hari, berkuat kuasa serta-merta.

"Ada (tapak perkhemahan) tidak berlesen, bagaimanapun ia dalam proses pemutihan dan kita mengarahkan supaya semua kawasan inap desa ini dilesenkan mengikut prosedur pelesenan," ujar Mohd Hasry pada sidang media di lokasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di sini.

(Foto fail)

Sebelum ini Nga berkata, arahan sudah dikeluarkan kepada 155 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) susulan ramalan hujan lebat berterusan selama lima hari ekoran Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula hari ini.

Media Baharu