JOHOR BAHRU, 2 Ogos - Kadar tarif eksport 19 peratus yang dikenakan Amerika Syarikat terhadap komoditi negara, termasuk kelapa sawit masih dianggap kompetitif dan tidak membebankan, jika dibandingkan dengan negara lain di rantau ASEAN.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Malaysia masih berada pada kedudukan baik daripada segi persaingan, memandangkan kadar tarif itu antara yang terendah dalam kalangan negara serantau.
Setakat ini, tiada isu besar timbul terhadap eksport komoditi negara berkaitan penetapan kadar tarif berkenaan.
Semalam, Malaysia dilaporkan dikenakan tarif 19 peratus berdasarkan perintah eksekutif yang ditandatangani Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Dokumen pelarasan lanjut kadar tarif timbal balas yang ditanda tangani trump bertarikh 31 Julai lalu telah dimuat naik di laman sesawang White House.