fb fb fb fb fb

Pemberian geran kandungan digital diteruskan

(Datuk Seri Mohammad Mentek bercakap pada sidang media selepas
melancarkan Malaysia Digital Content Festival/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 17 Disember- Kementerian Komunikasi dan Digital akan meneruskan pemberian geran kandungan digital untuk menyemarakkan industri kreatif negara.

Menurut Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Mohammad Mentek, jumlah geran untuk tahun 2023 akan diumumkan sebaik sahaja bajet diluluskan.

"Tahun depan insya-Allah. Kita tidak boleh beritahu berapa kita kene tunggu bajet. Ikut trend memang geran akan disediakaan untuk membantu menyemarakkan lagi industri. Kita faham indusri amat diminati golongan muda dan belia," kata Mohammad selepas merasmikan Malaysia Digital Content Festival di sini.

RM7.2 juta geran telah disalurkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kepada 34 penggiat industri kreatif tempatan pada tahun ini bagi membangunkan industri tersebut.

(Datuk Seri Mohammad (tengah) bergambar bersama tetamu yang hadir selepas melancarkan
Malaysia Digital Content Festival/BERNAMA)

Media Baharu