fb fb fb fb fb

Banjir di Perak: 15 penduduk masih berada di satu PPS

IPOH, 17 Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri Perak kekal seramai 15 penduduk daripada tujuh keluarga sehingga pukul 2 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, satu pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi melibatkan satu daerah.


(Foto fail)

PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat di daerah Bagan Datuk menempatkan 15 penduduk daripada tujuh keluarga.

Antara kawasan yang terjejas melibatkan Kampung Sungai Belukang, Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Nipah Darat.

Media Baharu