fb fb fb fb fb

Tanah runtuh: KPM tempatkan kaunselor di Hospital Sungai Buloh

SUNGAI BULOH, 17 Disember- Sembilan kaunselor ditugaskan untuk menghulurkan sokongan psikososial kepada waris dan keluarga mangsa dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata sokongan dan bantuan itu amat penting buat mereka dalam menghadapi saat sukar.

"Sebagaiman saya maklumkan semalam bahawa KPM akan tawarkan sokongan psikososial kepada keluarga dan waris mangsa.

"Hari ini saya boleh sahkan kita telah pun bertugas. Kita ada tiga syif dengan setiap syif, tiga kaunselor dari KPM bertugas," kata Fadhlina selepas menziarahi waris mangsa di Hospital Sungai Buloh.
 

(Fadhlina (tengah) bercakap pada sidang media selepas meninjau situasi semasa dan bertemu
waris keluarga mangsa insiden tanah runtuh di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh/BERNAMA)

Media Baharu