fb fb fb fb fb

GWGF rangka memorandum khas peneroka FELDA

(FOTO RTM)

KUALA SELANGOR, 17 Disember-Gabungan Wawasan Generasi Felda sedang merangka memorandum khas mengenai pelbagai isu peneroka untuk diserahkan kepada Kerajaan Perpaduan.

Presidennya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu meliputi syor bagi menangani permasalahan dihadapi lima juta generasi Felda di seluruh negara.

Beliau berharap dapat mengadakan pertemuan dalam jangka masa terdekat bagi membincangkan beberapa isu seperti rancangan tanah, masalah sosial dan pendidikan yang melibatkan semua golongan peneroka.

(Presiden Gabungan Wawasan Generasi FELDA, Tan Sri Rozali Ismail/ FOTO RTM)

"Kita telah menyiapkan satu memorandum kertas kerja mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh peneroka yang perlu diselesaikan segera. Masalah yang kita hadapi dari segi pengurusan pentadbiran FELDA sendiri dan juga FGV yang kita harap dapat memacu lebih kurang lima juta mereka yang bergantung kepada FELDA," katanya ketika ditemui katanya ketika ditemui pada program Konvoi Ride Bersekutu Versi 5 (RBVS 2022) di Bandar Puncak Alam, hari ini.

Program bertujuan mempromosi kempen keselamatan jalan raya selain meningkatkan semangat kesukarelawan antara kelab permotoran di negara ini

Media Baharu