fb fb fb fb fb

Tanah runtuh di Batang Kali: MB Selangor mohon doa rakyat Malaysia

BATANG KALI, 16 Disember- Proses mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di sini sedang giat dilaksanakan oleh anggota bomba, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata mangsa ditemui diberi rawatan susulan oleh petugas terlibat.

"Saya berharap rakyat Malaysia mendoakan mangsa yang terperangkap dapat diselamatkan," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Sementara itu, menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), 11 orang terkorban, 50 ditemukan dan lima cedera dalam insiden tersebut, setakat pukul 11.08 pagi.

Awal pagi tadi, berlaku insiden tanah runtuh di Father Organic Farm, Jalan Genting, di sini.


(Foto BERNAMA)

Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar.

Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Media Baharu