fb fb fb fb fb

Sokongan kerajaan perkukuh rundingan luar, syarikat korporat rai peluang pasaran global

FOTO PMO

RIO DE JANEIRO, 8 Julai- Syarikat-syarikat korporat Malaysia mengakui bahawa penglibatan secara langsung kerajaan, khususnya Putrajaya, telah memudahkan proses rundingan dengan pihak luar negara.

Menurut mereka, pendekatan sedemikian membolehkan satu kata sepakat yang lebih adil dicapai antara semua pihak yang terlibat.

“Kami amat bersyukur mendapat sokongan kerajaan dan menjadi sebahagian daripada delegasi. Kami lihat ada banyak permintaan global terhadap kepakaran kami.

“Menjadi sebahagian daripada delegasi turut membolehkan kami bertemu rakan perniagaan di Paris, Rom dan Rio de Janeiro,” jelas Pengarah Eksekutif YTL Power, Yeoh Kong Han.

0807 NSL REAX SYARIKAT KORPORAT 2Pengarah Eksekutif YTL Power, Yeoh Kong Han

Sementara itu, Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir pula menyifatkan inisiatif ini selari dengan gesaan Perdana Menteri agar syarikat tempatan memanfaatkan peluang sedia ada dalam konteks geopolitik semasa.

“Kalau kita lihat dari segi geopolitik sekarang ini, kita semua sedang berdepan cabaran dalam usaha meneroka pasaran baharu.

“Alhamdulillah, ini antara perkara yang disarankan oleh Perdana Menteri, iaitu bagaimana kita boleh memanfaatkan masa yang ada ini sebaik mungkin,” katanya.

Untuk rekod, seramai 17 wakil syarikat korporat Malaysia telah menyertai misi lawatan rasmi Perdana Menteri ke tiga negara berkenaan, dan kesemua kos berkaitan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat masing-masing.

0807 NSL REAX SYARIKAT KORPORAT 1Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE