fb fb fb fb fb

Berita baik berkaitan telekomunikasi bakal diumum Krismas ini

PUTRAJAYA,16 Disember- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dijangka mengumumkan berita gembira berkaitan telekomunikasi menjelang perayaan Krismas ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata caj internet dan kos rangkaian perkhidmatan telekomunikasi sering disuarakan rakyat.

"Kami sedang mengkaji perkara boleh dilakukan segera untuk membantu sama ada daripada segi harga dan perkhidmatan. Kami juga prihatin dalam isu memberi maklum balas kepada masalah ini, melibatkan 5G atau 4G dan jalur lebar. Kami akan cuba memberi perkhidmatan yang terbaik," katanya ketika sidang akhbar sempena Majlis Amanat Menteri KKD di sini.


(Foto BERNAMA)

Tambah Fahmi, pengumuman tersebut dijangka membantu dan memanfaatkan golongan B40 dan M40 dalam menghadapi kos sara hidup.

Media Baharu