fb fb fb fb fb

Tanah PERTAM di Jasin dibuka untuk projek pembangunan

AYER KEROH, 29 Julai- Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) telah memutuskan untuk menamatkan perjanjian jual beli tanah di lot PT8534 di kawasan Jasin yang berjumlah RM21 juta pada awal tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM, Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata setelah penamatan perjanjian itu, kawasan tersebut dibuka untuk pembangunan oleh mana-mana pihak yang berminat.

Katanya, setakat ini terdapat beberapa cadangan yang telah dihantar kepada PERTAM seperti pembangunan bercampur dan ada juga ingin membangunkan pusat pengajian tinggi.

“Yang melibatkan usahasama syarikat-syarikat swasta telah pun kita tengok satu persatu dan semua tindakan telah pun kita ambil. Yang mana tidak bergerak kita tamatkan dan yang mana memohon untuk perbincangan semula kerana COVID-19 dan sebagainya kita bincang balik terma dan syarat dalam setiap perjanjian yang tersebut.” kata Mohd Ridhwan kepada pemberita dalam sidang media di sini.

Tambahnya, projek PERTAM akan datang lebih ke arah kawasan pembangunan yang lebih kecil bagi memudahkan dari segi mengurus. PERTAM juga mengambil langkah untuk majukan sendiri tanah tersebut.

(Senator Datuk Mohd Ridhwan di temu bual pada sidang media di Ayer Keroh)

Media Baharu