fb fb fb fb fb

Tanah mendap berhampiran longkang, pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa

SERDANG, 26 Januari- Mendapan tanah di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana Serdang, Selangor menyebabkan lima kenderaan turut menggelongsor.

Penolong Penguasa II Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Saharudin Abdul Razak mengesahkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 6.38 petang.

Lima kenderaan tersebut diletakkan dihadapan bengkel kereta yang jarak antara tebing mula runtuh sepanjang tujuh meter.

Kejadian berlaku ketika hujan menyebabkan longkang pecah sekaligus menyebabkan mendapan tanah.

Sementara itu, Ketua Polis Serdang, Asisten Komisioner, A Anbalagan berkata pihaknya giat memantau keadaan persekitaran dari semasa ke semasa selain dibantu beberapa agensi lain.

"Dari pihak PDRM dan bersama agensi-agensi lain seperti MBSJ dan bomba akan mengawasi keadaan ini pada malam ini untuk memastikan keadaan terus selamat dan kita harap cuaca pada malam ini juga baik dan harap tiada hujan yang lebat turun berlaku bagi mengelak keadaan lebih keruh," katanya.

Kawasan berkenaan ditutup kepada orang awam dan tindakan lanjut diambil Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ).

Pada 2017, mendapan tanah pernah berlaku di kawasan berkenaan iaitu kira-kira 50 meter dari lokasi semalam.

Media Baharu