fb fb fb fb fb

Trend peningkatan pembayaran zakat, PPZ-MAIWP sasar kutipan RM852 juta tahun ini


PUTRAJAYA, 26 Januari- Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyasarkan RM852 juta kutipan zakat keseluruhan daripada 410,000 pembayar pada tahun ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata, peningkatan sebanyak sembilan peratus itu berdasarkan trend peningkatan pembayar zakat pada tahun lepas.

Jelasnya, kesedaran masyarakat Islam dalam kewajipan membayar zakat kian meningkat sejak berlakunya pandemik COVID-19 dan bencana banjir baru-baru ini.

Kutipan memberangsangkan itu telah memberi sinar baharu kepada lebih 200,000 asnaf di Wilayah Persekutuan yang terkesan.

"Kesemua ini adalah duit pembayar-pembayar zakat disebabkan itulah pembayar-pembayar zakat melihat wang mereka disalurkan dengan baik bagi membantu, itu saya cerita dari segi banjir kalau dari segi banyak lagi melibatkan mangsa -mangsa pandemik contohnya yang terlibat dengan pandemik lagi banyak 200 juta lebih dibelanjakan oleh pihak maiwp bagi membantu," katanya pada Majlis Zakat Korporat 2022 PPZ-MAIWP di Putrajaya.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad.

Pada majlis tersebut sebanyak 19 syarikat telah menyerahkan zakat perniagaan berjumlah keseluruhan RM7.93 juta.

Kutipan Zakat perniagaan telah mencatatkan peningkatan sebanyak 16 peratus bagi tahun 2021 berbanding tahun 2020 dengan jumlah keseluruhan RM23 juta.

Berdasarkan trend peningkatan tersebut, PPZ-MAIWP menyasarkan kutipan zakat perniagaan bagi tahun ini sebanyak RM132 juta.

Media Baharu