(Antara persembahan kebudayaan ketika Penganjuran Tamu Simbat-Simbatan di Labuan)
LABUAN, 4 September- Penganjuran Tamu Simbat-Simbatan memberi peluang mengetengahkan usaha memartabatkan budaya, seni dan tradisi etnik Kedayan, khususnya di Labuan melalui pameran serta persembahan kebudayaan dan kesenian.
Ini kerana, majoriti penduduk di pulau itu merupakan suku Kedayan dan masyarakat Brunei.
Yang Dipertua Persatuan Kadayan Labuan (WAKAL), Datuk Rozman Isli berkata, "penganjuran sedemikian membantu promosi dan memperkembangkan budaya kaum itu kepada masyarakat setempat dan serta kepada orang luar.
"Ini sekaligus budaya kaum ini dapat dikenali dan diketahui sejarahnya agar dapat dikekalkan dan tidak ditelan zaman serta pupus pada masa depan.
Beliau turut menambah, "persatuan bertanggungjawab untuk memastikan kebudayaan lama dipertahankan dan kebudayaan.
"Sebenarnya persembahan kebudayaan antara produk pelancongan yang cukup menarik yang menarik kedatangan pelancong-pelancong dari luar negara bahkan seluruh dunia." Jelasnya ketika ditemui pemberita.
Perkembangan seni budaya dan persembahan itu juga mampu merancakkan penyertaan daripada suku Kedayan dalam mempromosikan budaya yang terdapat di Borneo.
(Yang Dipertua Persatuan Kadayan Labuan (WAKAL),
Datuk Rozman Isli ketika merasmikan Penganjuran Tamu Simbat-Simbatan)
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian tamu berkenaan yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias.
Dalam pada itu, Datuk Bashir yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan menyambut baik penganjuran yang dilaksanakan oleh persatuan itu sebagai usaha memartabatkan kebudayaan kaum Kedayan, di samping membantu meningkatkan ekonomi setempat serta menarik minat pelancong untuk menunjungi pulau bebas
cukai itu.
Menurutnya, "kami kepimpinan ataupun daripada Perbadanan Labuan berharap akan ada lagi tempat-tempat menjual hasil segala hasil pertanian dan produk tempatan seperti ini akan diadakan pada masa akan datang."
Ujar beliau, "ia juga sebahagian daripada strategi untuk menarik minat pelancong untuk datang ke Labuan."
Bagaimanapun, untuk memastikan program itu terus berjaya, beliau berharap agar ianya dapat dilaksanakan mengikut prosedur dan jadual yang telah ditetapkan.