fb fb fb fb fb

Lebih 38,000 PMKS memasuki fasa pendigitalan

Teo Nie Ching/ BERNAMA

JOHOR BAHRU, 10 Ogos - Sebanyak 38,804 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di seluruh negara, telah memasuki fasa pendigitalan, pada tahun lalu, menerusi Geran Digital PMKS MADANI (GDPM), melibatkan nilai geran RM89.6 juta.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, daripada jumlah itu, 2,838 penerima merupakan pengusaha klinik dan farmasi.

"Jadi kita harap bahawa tahun ini fokus kami adalah juga dalam bidang atau sektor kesihatan. Jadi tahun ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dapat sekali lagi RM30 juta dari Kementerian Kewangan (MOF) dan ini merupakan satu geran padanan.

"Maksudnya, untuk seseorang penerima geran maksimum yang boleh diperoleh ialah RM5,000 dan mereka juga perlu tambah nilai sama dengan jumlah geran tersebut. Sekiranya penyelesaian berjumlah RM6,000, maka RM3,000 adalah daripada geran ini dan selebihnya perlu ditambah sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Geran Digital PMKS MADANI (GDPM) Festival 2025 Peringkat Negeri Johor di sini.

Menurut Teo, digitalisasi memainkan peranan penting dalam sektor kesihatan, kerana ia memudahkan rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan, meskipun berbeza klinik.

Johor merupakan lokasi pertama bagi GDPM sebelum ke Pahang (Kuantan) dan Sabah (Kota Kinabalu).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI