fb fb fb fb fb

Agenda majukan negeri Johor: Kerajaan negeri perlu selari dengan kerajaan Persekutuan

(Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi)

MUAR, 4 September- Keselarian kerajaan Johor dengan kerajaan Persekutuan penting bagi terus menjayakan agenda memajukan negeri.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya berusaha mendapatkan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf infrastruktur, membuka peluang pendapatan kepada peniaga, serta menarik pelabur.

Ini kerana infrastruktur seperti jalan dan bekalan air yang baik, akan memberikan keyakinan kepada pelabur secara tidak langsung meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

"Bahawa tidak mungkin agenda untuk memajukan negeri, dapat diusahakan tanpa bantuan daripada kerajaan pusat, itu realitinya, saya banyak memohon dengan kerajaan pusat, saya ada berjumpa dengan Perdana Menteri, dengan menteri-menteri untuk turunkan peruntukan," katanya.

Onn Hafiz berkata demikian ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Mini Parit Nawi, Muar.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, Agenda Memakmurkan Golongan Muda, adalah antara perkara yang bakal dititikberatkan dalam Bajet Johor 2023.


(FOTO FAIL)

Media Baharu