fb fb fb fb fb

Bukan sekadar jiran terdekat lawatan TPM Singapura perkukuh hubungan dua hala

PUTRAJAYA, 4 September - Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Republik Singapura, Lawrence Wong akan mengadakan lawatan kerja mulai hari ini hingga 7 September.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam kenyataan berkata lawatan itu merupakan peluang untuk Malaysia bertukar-tukar pendapat dalam pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa.

Tengku Zafrul turut menyifatkan lawatan Wong akan memperkukuhkan lagi hubungan baik dan kerjasama dalam pelbagai bidang di antara kedua-dua negara.

"Selain jiran terdekat, Singapura juga merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dan terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan sebanyak RM267.11 bilion (USD64.43 bilion) pada 2021 iaitu peningkatan 25.2 peratus berbanding nilai pada 2020,” katanya.

(Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Republik Singapura, Lawrence Wong/FOTO Facebook Lawrence Wong)

Pada lawatan itu juga, Wong dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kemudian Wong akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Gabenor Bank Negara Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus selain menyertai sesi dialog tertutup bersama Kuala Lumpur Business Club.

Media Baharu