fb fb fb fb fb

Lebih RM1 juta hasil JMKM di Melaka

MELAKA, 4 September- Hasil kutipan Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) di Melaka mencecah lebih RM1 juta sejak pelaksanaannya pada 20 Ogos lalu.

Menurut Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka, Hairudin Yunos, jumlah itu melibatkan program JMKM yang berlangsung di kesemua 25 DUN di Melaka.

Jelas beliau, menerusi program itu sebanyak RM200,000 subsidi diperuntukkan kerajaan, sekali gus memberi penjimatan berganda kepada pengunjung yang hadir.

"Program kita sebenarnya telah berlangsung dari 20 Ogos sehingga hari ini, 4 September dan kita menjangkakan sehingga semalam yang dimaklumkan jualan keseluruhan yang telah diterima dari 25 DUN adalah melebihi RM1 juta lebih," katanya.

Hairudin berkata demikian ketika pada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia di Kota Laksamana, Melaka.


(Pengarah FAMA Melaka, Hairudin Yunos)

Tambah beliau, program seperti ini dapat memberi peluang kepada para usahawan FAMA khususnya untuk menjana pendapatan mereka.

Setakat ini terdapat tiga DUN yang belum melaksanakan JMKM, iaitu DUN Pantai Kundor, DUN Banda Hilir dan DUN Telok Mas.

Media Baharu