fb fb fb fb fb

Suami isteri edar dadah dicekup

JOHOR BAHRU, 4 September- Sepasang suami isteri diberkas polis selepas disyaki mengedar dadah di sekitar Johor Bahru, Johor 1 September lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pasangan itu yang aktif sejak empat bulan lalu, menjadikan rumah sewanya sebagai lokasi pembungkusan pelbagai jenis dadah.


(Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat semasa sidang media di sini)

Katanya, rampasan pertama dibuat di parkir sebuah pusat membeli belah di Johor Bahru sebelum polis menyerbu pangsapuri yang disewa pasangan tersebut.

"Modus operandi ini suspek mereka ini adalah menjadi org tengah kepada pembekal dan pembeli pembekal dan aa pembekal dia sebagai penjual menjadi orang tengah dan kita sedang juga menyiasat mengesan pembekal dan siapa yangmemberi barang-barang dadah dipasarkan kedua-dua suspek," katanya di sini.

Polis merampas 14.32 kilogram heroin, 158 gram serbuk ecstacy, 38 gram syabu dan 71 gram ketamine.

Nilai rampasan dianggarkan RM215,000.

Pasangan berusia 36 dan 42 tahun itu direman 7 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Media Baharu