fb fb fb fb fb

Minuman keras tiruan dirampas

JOHOR BAHRU, 4 September- Pasukan Polis Marin Wilayah 2, Johor, menangkap seorang pemilik kedai yang didapati menyimpan dan menjual pelbagai minuman keras tidak bercukai di Taman gembira, Johor Bahru, Johor, 7 petang, 1 September lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek berusia 53 tahun menjadikan kedainya sebagai lokasi penyimpanan minuman keras tidak bercukai, sejak 3 bulan lalu.


(Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat)

"Arak jenis tiruan dan juga yang lari daripada cukai iaitu sepatutnya dijual di tempat yang bebas cukai tapi diambil kesempatan oleh sindiket ini seperti mana sindiket yang lepas membawa keluar barang-barang ini untuk dijual di pasaran di luar dengan harga antara RM7 ke RM7.50 satu," katanya di sini.

Hasil serbuan merampas 149 karton atau enam ribu 168 tin dan 146 kotak atau 951 botol minuman keras yang dipercayai tiruan.

Nilai rampasan berjumlah RM305,000.

Suspek direman 10 hari sehingga 11 September.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 4 (1)(C), Akta memperbaharui penghapusan samsu gelap 1976.

Media Baharu