fb fb fb fb fb

Tampung permintaan domestik, Kedah perluas penanaman Harumanis D’Aman

JERLUN, 28 Mei- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mahu aktiviti penanaman mangga Harumanis D’Aman di Kedah diperbanyakkan bagi menampung permintaan domestik dan memasuki pasaran antarabangsa.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ketika ini keluasan mangga harumanis di Kedah sahaja adalah sekitar 58.0476 hektar iaitu bersamaan 13,261 pokok.

"Harumanis ditanam di tujuh daerah negeri itu iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang, Yan, Padang Terap, Pokok Sena dan Baling.

"Harumanis D’Aman kini telah memasuki pasaran seluruh Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak.

"Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mengadakan karnival jualan mangga Harumanis D’Aman di kawasan strategik di sekitar Lembah Klang bagi meluaskan lagi pasaran komoditi tersebut pada masa akan datang, " katanya kepada pemberita di sini.


(Harumanis D’Aman kini telah memasuki pasaran seluruh Semenanjung
Malaysia serta Sabah dan Sarawak)

Media Baharu