fb fb fb fb fb

Tambang percuma kepada pelajar dan OKU menggunakan perkhidmatan KTMB

KUALA LUMPUR, 2 Januari - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan bermula 15 Februari depan, tambang secara percuma akan diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan orang kurang upaya (OKU) di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Manfaat itu turut melibatkan 150 orang pelajar sekolah rendah di laluan stesen keretapi Dabong ke Kuala Gris.

"Kita optima peruntukan itu yang sekarang kita guna untuk Perkhidmatan Skypark Linkkita alihkan untuk perkhidmatan ini percuma, pada yang pertama untuk Pantai Timur terutama di negeri Kelantan di Dabong dan Kuala Gris yang setiap hari ada pelajar perlu sampai ke sekolah..kita tidak kutip tambang.

"Begitu juga OKU, golongan ini kalau di Pantai Timur dia pakai ada kad OKU kita akan bagi satu laluan khas, mereka boleh naik keretapi tanpa membayar tiket," kata Anthony di sini.

(Anthony ketika ditemui pemberita di Ibu Negara)

Kementerian juga akan membincangkan langkah serupa kepada beberapa kumpulan lain seperti pelajar sekolah menengah dan warga emas.

Media Baharu