fb fb fb fb fb

Akta MARA 1966 akan dipinda, pastikan tatakelola baik dan kekal relevan

Foto RTM

PUTRAJAYA, 11 November – Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966 akan dipinda bagi memastikan agensi itu kekal relevan dan ditadbir dengan tatakelola yang baik.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, MARA diberi tempoh enam bulan untuk merangka rang undang-undang bagi pindaan akta tersebut.

“MARA mesti diuruskan dengan terbaik dan ia mesti kembali kepada perniagaan teras terdahulu yang bertepatan dengan tujuan penubuhan MARA. Aset MARA sendiri bernilai lebih daripada RM23 bilion, dan ia mesti diuruskan dengan baik,” katanya.

Reformasi tersebut membuktikan MARA berada di landasan landasan yang betul dan mampu berdiri sendiri.

Sementara itu, pindaan Akta Orang Asli 1954 yang bertujuan mempertahan dan mempertingkatkan hak masyarakat Orang Asli kini berada di peringkat akhir.

“Yang paling penting ialah persetujuan kerajaan negeri kerana ia melibatkan soal tanah dan beberapa aspek bidang kuasa negeri,” jelas beliau.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Inovasi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini.

EZA YUSMAWATI YAACOP