fb fb fb fb fb

Skypark Link Subang Jaya - KL Sentral dihentikan sementara waktu

KUALA LUMPUR, 20 Januari - Perkhidmatan Skypark Link dari Subang Jaya ke KL Sentral akan dihentikan sementara waktu bermula 15 Februari ini, berikutan laluan SkyPark Link tidak mendapat permintaan tinggi dengan hanya sekitar 80 orag penumpang sahaja menggunakan setiap hari.

Perkara itu diumumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau bagaimanapun optimis perkhidmatan itu akan disambung semula sekiranya mendapat permintaan dan potensi yang tinggi.

"Kerajaan membelanjakan RM15 juta setahun untuk memastikan perkhidmatan Subang SkyPark ini berjalan setiap hari . Kita ada 32 perjalanan satu hari di antara KL Sentral ke Subang SkyPark.

"Pada ketika ini permintaan memang tidak tinggi, purata saya kata tadi 80 penumpang satu hari saja, maksudnya dalam perjalanan yang kita jalan... kadang kala boleh lihat keretapi itu kosong," kata Anthony di sini.

(Anthony menyantuni penumpang-penumpang KTMB
di Stesen KL Sentral sempena sambutan perayaan Tahun Baharu China)

 Susulan penangguhan sementara laluan itu, empat tren yang digunakan di SkyPark Link akan dipindahkan bagi kegunaan semasa.

Dua daripadanya dihantar ke laluan utara dan selebihnya akan digunakan untuk perkhidmatan komuter Lembah Klang.

"Jadi maksudnya KTM Komuter utara akan tambah perjalanan kerana ada lebihan keretapi disana..jadi sudah tentu ada berita baik untuk pengguna komuter utara, dua lagi keretapi akan ditambah untuk perkhidmatan komuter di Lembah Klang," katanya.

Media Baharu