fb fb fb fb fb

Pahang, negeri kedua tertinggi catat kompaun bawah Penguatkuasaan Perundangan Kesihatan Awam

(Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus)

KUANTAN, 20 Januari- Sebanyak 15,537 notis atau kompaun dengan nilai RM4,780,200 dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) bawah Penguatkuasaan Perundangan Kesihatan Awam sepanjang tahun 2022 iaitu kedua tertinggi seluruh Negara.

Ia melibatkan Akta Makanan 1983 iaitu Peraturan-Peraturan Makanan (PPM) 1985, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, tindakan penguatkuasaan itu bertujuan membendung sebarang amalan dalam kalangan masyarakat yang boleh mendatangkan risiko penyakit serta memudaratkan kesihatan.

"Kita mahu masyarakat faham penguatkuasaan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri atau penguatkuasaan bawah Undang-Undang Kesihatan Awam merupakan jalan terakhir untuk kita didik masyarakat.

"Kami harap supaya semua pihak patuh kepada akta atau undang-undang,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Operasi Mega Bersepadu Perundangan di Kuantan, Pahang.

Operasi tersebut melibatkan seramai 135 orang anggota penguatkuasa Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dari kesemua sebelas Pejabat Kesihatan Daerah di Negeri Pahang bermula pada hari ini sehingga esok.

Dalam pada itu katanya, sebanyak lapan kompaun telah dikeluarkan dan tiga premis makanan telah diarah tutup kerana didapati tidak mengamalkan kebersihan dalam operasi tersebut.


(Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr Nor Azimi Yunus ketika

menyertai Operasi Mega Bersepadu Perundangan di Kuantan, Pahang)

Media Baharu