fb fb fb fb fb

Perak lokasi sulung adakan karnival jualan outlet peladang dan usahawan

IPOH, 20 Januari - Perak menjadi lokasi pertama bagi karnival jualan outlet peladang dan usahawan peringkat Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Perak.

Ketua Pengarah LPP, Datuk Azulita Salim berkata, objektif utama program adalah mempromosikan Program Jualan Peladang Outlet (JPO) dengan harga yang lebih murah berbanding di pasaran.

Selain itu, LPP juga menfokuskan aktiviti untuk menghasilkan pendapatan kepada usahawan serta memberi peluang kerjaya kepada peladang muda yang berumur bawah 40 tahun.

"Menggalakkan belia terlibat dalam pelbagai aktiviti agromakanan terutama dalam ternakan ruminan seperti ternakan lembu ini. Jadi LPP negeri Perak akan menfokus kepada ternakan lembu dan LPP secara keseluruhannya juga pada tahun ini akan turut memfokuskan aktiviti untuk menghasilkan pendapatan dan memberi peluang kerjaya kepada peladang-peladang muda yang umur bawah  40 tahun," kata Azulita di sini.

Sebanyak 16 booth jualan dibuka dan pelbagai hasil agromakanan di jual di karnival tersebut, selepas ini LPP akan melaksanakan jualan peladang outlet di negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak.

(Azulita bercakap kepada pemberita selepas
merasmikan program karnival Jualan outlet dan usahawanm, di Meru)

Media Baharu