fb fb fb fb fb

Tindakan segera & menyeluruh bantu ketidakseimbangan jantina pelajar di IPT

Majlis Konvokesyen Ke-38 UUM di Dewan Mu'adzam Shah

SINTOK, 11 November - Tindakan khusus dan menyeluruh perlu dilaksanakan segera dalam usaha menangani ketidakseimbangan jantina pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin bertitah, langkah berkenaan dilihat signifikan dalam memastikan negara mencapai perwakilan lebih seimbang dalam sistem pendidikan.

"Kepentingan pendidikan tinggi perlu ditekankan sejak di peringkat sekolah, dengan meningkatkan penglibatan akademik pelajar lelaki melalui bimbingan serta sokongan khusus, dan memupuk panduan yang inklusif dari segi jantina.

"Ia bagi memperluas pilihan bidang pengajian dan kerjaya. Langkah-langkah ini amat penting untuk mencapai perwakilan yang lebih seimbang dalam sistem pendidikan," titah baginda.

Tengku Sarafudin Badlishah bertitah demikian pada sesi kedua Majlis Konvokesyen Ke-38 UUM di Dewan Mu'adzam Shah, di sini,

Ilmu pengetahuan yang diperoleh di peringkat pengajian tinggi akan menjadi asas yang kukuh buat para graduan supaya terus bersedia sebelum memasuki alam pekerjaan.

Tengku Sarafudin Badlishah yang juga Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) turut mengingatkan bahawa kejayaan diperoleh bukan hanya diukur melalui hasil yang dicapai tetapi prinsip yang dipertahankan.

Baginda percaya intergriti menjadi aset paling berharga para graduan dalam menempuhi masa depan supaya menjadi landasan ampuh dalam pasaran kerja.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI