fb fb fb fb fb

Tambang feri Pulau Tioman ke Terminal Teluk Gading dikurangkan 60%

ROMPIN, 4 Disember- Kadar tambang feri dari Pulau Tioman ke Terminal Teluk Gading, diturunkan daripada RM60 kepada RM20, berkuat kuasa Januari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penurunan sehingga 60% itu dibuat selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk pulau tersebut.

"Rata-rata penduduk mahu harga tersebut diturunkan kepada RM20. Dan setelah berbincang dengan pegawai kewangan, ia hanya melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM500,000," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan komuniti nelayan di Kampung Jawa, di sini.

Tambah Wan Rosdy, pengurangkan kadar tambang itu mengakibatkan kerajaan Pahang menanggung subsidi mencecah RM500,000.


(Pengurangkan kadar tambang itu mengakibatkan kerajaan Pahang
menanggung subsidi mencecah RM500,000)

Selain itu, beliau turut memaklumkan kerajaan negeri juga menyediakan peruntukan awal berjumlah RM1 juta bagi tujuan pembinaan jeti kargo di Pulau Tioman.

Katanya, kos keseluruhan jeti kargo berkenaan berjumlah kira-kira RM8 juta dan kerajaan Pahang akan berbincang dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan projek itu dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Media Baharu