fb fb fb fb fb

Program Ikrar Bebas Rasuah jadikan individu, organisasi lebih bertanggungjawab laksana tugas

KOTA BHARU, 4 Disember- Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan giat melakukan pelbagai inisiatif bagi memberi kesedaran berkaitan rasuah kepada masyarakat.

Salah satu inisiatif tersebut ialah program Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Inisiatif berkenaan memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh kepimpinan organisasi dan individu secara sukarela.

Pengarah SPRM Kelantan, KPKPj Rosli Husain berkata program IBR memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan menghindari sebarang perilaku rasuah selama memegang jawatan.


(Inisiatif berkenaan memberi penekanan kepada ikrar dan janji 
yang
dibuat oleh kepimpinan organisasi dan individu secara sukarela)

Menurutnya lagi, program IBR turut mendapat sambutan baik dalam kalangan pegawai di jabatan -jabatan kerajaan di negeri berkenaan.

"SPRM Kelantan akan memberi penekanan lebih kepada usaha menambah baik program-program yang berpotensi meningkatkan lagi kesedaran kakitangan awam supaya menjauhi rasuah,"katanya kepada pemberita selepas Program IBR Jabatan Penyiaran Kelantan (RTM Kelantan) di Dewan Titian Murni RTM Kelantan, di sini.

Media Baharu