KUALA LUMPUR, 4 Disember- Pengaruh besar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam arena politik antarabangsa mampu menarik lebih ramai pelabur asing ke Malaysia.
Pelantikan Anwar sebagai Menteri Kewangan memberi kesan positif kepada ekonomi negara.
Penganalisis Ekonomi, Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Adli berkata buktinya, pasaran Bursa Malaysia kini melepasi paras 1,500 mata berikutan sentimen pelantikan Anwar.
(Foto BERNAMA)
Pengalaman Anwar sebagai Menteri Kewangan pada era 90-an juga dilihat mampu membantu untuk memulihkan ekonomi negara.
Perdana Menteri pernah memegang portfolio Menteri Kewangan pada tahun 1991 sehingga 1998.