JOHOR BAHRU, 4 Disember- Motif tumbuhan gambir dan lada akan dipatenkan sebagai hak salinan eksklusif Johor.
Yang DiPertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli memaklumkan ia bagi mengiktiraf serta memelihara peranannya dalam kemajuan dan pembangunan negeri tersebut.
Motif itu sinonim dengan perkembangan sosio–ekonomi awal Johor dan telah diabadikan dalam beberapa Lambang Diraja Johor serta Jata negeri.
(Foto The Royal Johor)
Paten tersebut akan diserap dalam Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.
"Tindakan itu untuk memastikan motif tersebut tidak disalah guna mana-mana pihak," katanya pada majlis pelancaran buku Perkembangan Penanaman Gambir Di Johor, di sini.