fb fb fb fb fb

Kerajaan Johor sasar bina Pusat Belia Tunku Mahkota Ismail di setiap daerah

ISKANDAR PUTERI, 4 Disember- Kerajaan Johor merancang membuka Pusat Belia Tunku Mahkota Ismail (TMIYC) di setiap daerah negeri ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sehingga kini, terdapat tiga TMIYC telah dan sedang dibina di Johor Bahru, Muar dan Iskandar Puteri.

Dua lagi di Pasir Gudang dan Kluang, dijangka dilancarkan tahun hadapan.

Kata Onn Hafiz, TMIYC penting kerana ia menjadi hab belia negeri, melibatkan elemen pendidikan, usahawan dan sukarelawan.

"Menerusi TMIYC, banyak aktiviti berkaitan keusahawanan, sukarelawan, seni dan budaya, pendidikan, sukan dan rekreasi dapat dilakukan golongan belia. Ia dapat memupuk sifat kepentingan dan jati diri dalam kalangan belia muda Johor," katanya semasa Majlis Pecah Tanah TMIYC Iskandar Puteri, di sini.


(Foto Onn Hafiz Ghazi)

TMIYC Iskandar Puteri dijangka siap dibina pada tahun 2024, mampu memuatkan sehingga 1,500 orang dan mempunyai fasiliti bertaraf antarabangsa.

Sementara itu, Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia, Mohd Hairi Md Shah berkata, TMIYC dapat mendorong anak– anak muda berkumpul di tempat lebih baik, berbanding lokasi kurang sesuai.

Media Baharu