fb fb fb fb fb

Tambah pusat rawatan kanser, perlu perancangan rapi - Lukanisman

PUTRAJAYA, 4 Februari - Perancangan rapi diperlukan, selain mengambil kira faktor kewangan negara dalam meneliti keperluan menambah pusat rawatan kanser.

Langkah membangunkan pusat rawatan kanser tambahan bertujuan memastikan pesakit mudah mendapatkan akses rawatan di lokasi berhampiran mereka.


(Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni)

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata pihaknya mengambil maklum mengenai kekurangan akses rawatan kanser terutama di kawasan Wilayah Utara dan negeri Sarawak.

"Kita sedang melihat dan merangka keperluan dan kita lihat bahawa keperluan tersebut perlu di wilayah utara, semenanjung Malaysia, begitu juga di Sarawak yang mana yang amat berhormat premier Sarawak sendiri menyatakan bersedia menyediakan infra bagi pusat kanser, tetapi perlu menjalin kerjasama erat dengan KKM dari sudut staff dan kepakaran," katanya selepas Majlis Perasmian Hari Kanser Sedunia 2023 di Institut Kanser Negara, Putrajaya.

Setakat ini, KKM mempunyai enam pusat rawatan kanser iaitu Hospital Kuala Lumpur, Institut Kanser Negara, Hospital Sultan Ismail di Johor, Hospital Likas di Sabah, Hospital Umum Sarawak dan Hospital Pulau Pinang.

Media Baharu