fb fb fb fb fb

PERKESO lahirkan 119 graduan profesional pengurusan hilang upaya tempatan dan antarabangsa

PUTRAJAYA, 4 Februari - Malaysia kini peneraju dalam bidang Pengurusan Hilang Upaya, Pengurusan Persaraan dan Pengurusan Kerjaya di Asia Tenggara dan mampu dijadikan contoh (role model).

Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO hari ini telah melahirkan 119 graduan profesional pengurusan hilang upaya tempatan dan antarabangsa.


(Menteri Sumber Manusia (KSM), V Sivakumar)

Menurut Menterinya, V. Sivakumar, 6 dari 119 graduan yang berjaya menamatkan latihan bersama PERKESO terdiri dari peserta Singapura, Filipina dan Brunei

4 pensijilan profesional yang ditawarkan ialah Certified Disability Management Professional (CDMP), Certified Return to Work Coordinator (CRTWC), Certified International Pension and Retirement Professional (CIPRP) dan Professional Career Management Course (PCMC).

"Pensijilan profesional yang diperkenalkan PERKESO ini memainkan peranan penting dalam melaksana strategi-strategi yang digariskan dalam Pelan Strategik Kementerian Sumber Manusia 2022-2025 iaitu meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan perlindungan keselamatan sosial kepada pelanggan, memantapkan penyelidikan berhubung isuā€isu perburuhan dan penggajian, dan memperluaskan aktiviti penyelidikan sumber manusia dan pasaran buruh," katanya selepas menyampaikan sijil di Majlis Graduasi Pensijilan PERKESO 2023 di sini.

Sementara itu, tiada sebarang aduan diterima Kementerian Sumber Manusia berkaitan pemberhentian pekerja tempatan untuk menggaji pekerja asing.

Menurut Menterinya, V. Sivakumar, Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing yang dilaksanakan kerajaaan bertujuan untuk memenuhi keperluan di lima sektor kritikal.

Kita memang prihatin kepada pekerja2 tempatan dan kalau betul mana-mana majikan menggunakan ini sebagai satu alasan memberhentikan pekerja-pekerja tempatan, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka," katanya



Media Baharu