fb fb fb fb fb

Jerebu selubungi Bangkok, catat indeks pencemaran udara tidak sihat

(Patung Buddha gergasi kuil Wat Paknam Phasi Charoen dilihat di tengah-tengah
pencemaran udara di Bangkok, Thailand/ Foto Reuters)

BANGKOK, 4 Februari - Jerebu menyelubungi Bangkok dan 42 wilayah di Thailand pada Jumaat apabila skala PM2.5 direkodkan melebihi paras selamat iaitu 50 mikrogram setiap meter padu.


(Pemandangan pencemaran udara di tengah-tengah bandar di Bangkok, Thailand / Foto Reuters)

Wilayah terjejas termasuk Nonthaburi, Samut Prakan, Ayutthaya, Buriram, Chiang Mai, Chiang Rai dan Chon Buri.

Setakat 6 petang (waktu tempatan) Jumaat, bacaan indeks kualiti udara (AQI) Bangkok direkodkan pada 152 pada IQAir, menurut platform penjejakan kualiti udara Switzerland.

Bacaan AQI melebihi 100 dianggap tidak sihat, manakala bacaan melebihi 200 adalah sangat tidak sihat sementara tahap yang melebihi 300 dikategori sebagai berbahaya.

Jabatan Kawalan Pencemaran menjelaskan, tahap pencemaran udara tidak sihat PM2.5 disebabkan pencemaran udara di atmosfera.

Orang ramai dinasihat untuk tinggal di dalam rumah dan mengurangkan aktiviti luar serta menggalakkan bekerja dari rumah.

Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan bahawa pencemaran udara akan berkurangan pada hari ini. -Reuters

Media Baharu