fb fb fb fb fb

Banjir di Bandar Baharu Kedah terus meningkat

KEDAH, 4 Februari - Penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Relau di daerah Bandar Baharu Kedah terus meningkat .

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin menerusi kenyataan memaklumkan setakat jam 4 pagi tadi seramai 35 orang dari 11 keluarga ditempatkan di situ.


(Anggota pertahanan awam membantu dalam mendirikan beberapa buah khemah di PPS Sekolah Kebangsaan Relau)

PPS terbabit dibuka 7 malam tadi susulan hujan lebat selama 2 jam petang semalam menyebabkan banjir di beberapa buah kampung.

Bagaimanapun setakat jam 4 pagi tadi banjir menunjukkan tren penurunan dan paras air yang dicatatkan setinggi 0.5 meter.

Secara keseluruhan banjir daerah itu menjejaskan 11 buah rumah di Mukim Relau.

Kampung yang terlibat ialah Kampung 300 kaki,Kampung Kilang Batu dan Kampung Tengah.

Media Baharu