fb fb fb fb fb

JBPM anjur program Sehari Bersama Bomba, Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran

KUALA LUMPUR, 4 Februari- Lebih 500 orang menyertai program 'Sehari Bersama Bomba dan Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran' yang diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur.

Program yang dianjurkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama Pertubuhan Pencegahan Kebakaran Kuala Lumpur bertujuan mendidik masyarakat khususnya kanak-kanak tentang bahaya kebakaran dan memastikan keselamatan kebakaran berada pada tahap optimum.

Menurut Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, program ini juga merupakan satu langkah bagi melahirkan masyarakat berdaya tahan serta mampu mengadaptasikan konsep 'Citizen Life Saver' dalam kehidupan seharian terutama ketika menghadapi situasi kecemasan.


(Foto fail)

Tambah beliau, strategi utama pelaksanaan program untuk mempertingkatkan lagi kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) bagi pelaksanaan program dan aktiviti keselamatan di peringkat sekolah sepertimana yang terkandung dalam Strategi 2.2, DKPN 2021-2023 dan juga mempertingkatkan program kempen pencegahan dan keselamatan kebakaran kepada institusi pendidikan selari dengan Strategi 2.5, DKPN 2021-2023.

Antara pengisian dan aktiviti yang dijalankan sepanjang program termasuklah ceramah keselamatan kebakaran, latihan memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api, latihan memadamkan kebakaran dapur mengguna pakai selimut api (Fire Blanket), simulasi menyelamatkan diri dalam gelap (Escape Tent), tatacara penyelamatan mangsa yang tercedera dan latihan Stop Drop and Roll.

Media Baharu