fb fb fb fb fb

Patuh tatacara berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan - KPN

KUALA LUMPUR, 4 Februari- Orang ramai yang berurusan dengan pejabat kerajaan termasuk Ibu Pejabat Polis perlu mematuhi tatacara berpakaian seperti yang termaktub dalam Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani berkata, tindakan itu dapat menjamin rasa saling hormat menghormati dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

“Sebenarnya, dalam arahan Ketua Setiausaha Negara, memang ada arahan tatacara berpakaian bila berurusan di pejabat-pejabat kerajaan. Jadi, atas budi bicara ketua jabatan dan agensi untuk tentukan tatacara berpakaian dibenarkan.

“Kita juga mempunyai Rukun Negara, salah satunya menyentuh soal Kesopanan dan Kesusilaan. Jadi kena akurlah dengan rukun negara tersebut.

(Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani)

“Kalau kecemasan kita boleh beri kelonggaran tetapi kita nak tengok juga jenis kecemasan itu. Adakah melibatkan hidup atau mati," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden seorang wanita bertindak melakukan provokasi terhadap anggota polis akibat tidak berpuas hati selepas tidak dibenarkan masuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang kerana memakai pakaian tidak bersesuaian, empat hari lalu.

Media Baharu