fb fb fb fb fb

MAKNA sambut Hari Kanser Sedunia bertemakan ‘Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser’

KUALA LUMPUR, 4 Februari- Majlis Kanser Nasional (MAKNA) meneruskan inisiatif memberi pendedahan dan perkongsian mengenai bahaya kanser sempena Hari Kanser Sedunia.

Tahun ini merupakan sambutan tahun kedua yang bertemakan ‘Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser’ yang bertujuan merapatkan jurang agar pesakit kanser menerima penjagaan dan rawatan diperlukan secara saksama.

Majlis ini diadakan secara santai di Taman Botani Perdana yang dihadiri pejuang kanser, orang awam dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

(Foto fail)

Antara aktiviti termasuklah permainan sukaneka, perkongsian bersama pejuang-pejuang kanser, pameran dan program pendaftaran menderma sel stem darah.

Media Baharu