fb fb fb fb fb

MITI rancakkan pelaburan, industri di Kedah

ALOR SETAR, 4 Februari- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah bagi merancakkan pelaburan dan industri di negeri itu.

Ia termasuk memakmurkan program “Negara Madani” di Kedah.

Perkara itu dibincangkan semasa kunjungan hormat Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon, di sini.

Tengku Datuk Seri Zafrul berharap kunjungan tersebut dapat mengeratkan silaturrahim antara MITI dan Kerajaan Negeri Kedah dalam memakmurkan sektor pelaburan dan industri negara.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz swafoto bersama Datuk Seri Muhammad
Sanusi Md Nor

Kunjungan tersebut merupakan sebahagian daripada lawatannya untuk bertemu beberapa pihak industri di negeri itu.

Ia juga merupakan lawatan pertama beliau sebagai Menteri MITI ke Kedah.

Media Baharu