fb fb fb fb fb

Taman Awam Seaside Pocket beri manfaat kepada penduduk, pelancong

Pelan Taman Awam Seaside Pocket

GEORGE TOWN, 1 November - Taman Awam Seaside Pocket yang akan dibina di Tanjung Bungah, Pulau Pinang bakal memanfaatkan penduduk setempat serta menarik pelancong luar ke kawasan tersebut.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari menerusi kenyataan memaklumkan, ia merangkumi pembinaan trek joging, taman permainan kanak-kanak, ruang rehat, fasiliti senaman dan persiaran tepi laut.

"Pembangunan taman itu dilaksana secara seimbang dengan persekitaran pokok dan tumbuhan semula jadi.

"Ia dijangka menjadi pusat rekreasi keluarga dan keperluan jangka masa panjang dalam menghadapi negara menua," menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu beliau turut menafikan dakwaan berkenaan kawasan hijau dan ruang pantai itu akan dimusnahkan untuk pembangunan mewah.

Permohonan bagi pembinaan di kawasan itu telah diluluskan sejak 5 Disember tahun lalu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI