fb fb fb fb fb

Taikun hartanah Vietnam ditahan atas dakwaan terbabit penipuan

HANOI, 8 Oktober- Seorang jutawan hartanah Vietnam yang mengetuai kumpulan Van Thinh Phat berada dalam tahanan polis dan akan menghadapi dakwaan terbabit dalam penipuan, kata pihak berkuasa.

Van Thinh Phat diasaskan pada 1992 dan portfolio hartanahnya termasuk hotel mewah, restoran dan pangsapuri mewah.

Polis menahan pengerusi syarikat Truong My Lan, 65, semalam dan sedang menyiasat dakwaan "bon syarikat yang diterbitkan dan didagangkan secara haram" pada 2018 dan 2019, kata kementerian keselamatan awam dalam satu kenyataan hari ini.

Tiga lagi eksekutif berpangkat tinggi di syarikat itu turut ditahan atas tuduhan yang sama.

Siasatan diteruskan dan "aset kumpulan itu akan dirampas", kata kenyataan itu.

(Jenayah itu berlaku di bandar Ho Chi Minh, ibu negara Vietnam/AFP)

Laman web kumpulan berbilion dolar itu tidak dapat diakses hari ini.

Ketika berita tentang penahanan tersebar, ratusan orang di Hanoi berbaris di luar bank Van Thinh Phat untuk mengeluarkan wang simpanan mereka.

Bank Negara kemudiannya memberi jaminan kepada pelanggan bahawa ia akan melaksanakan langkah untuk "mengekalkan kestabilan bank".

Pihak berkuasa Vietnam sedang membanteras pegawai rasuah dan ahli elit perniagaan negara itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

(Taikun hartanah Vietnam ditahan atas dakwaan terbabit penipuan/FB Thong Tin Chinh Phu)

Pada bulan Mac, pihak berkuasa menahan usahawan FLC, Trinh Van Quyet kerana manipulasi pasaran saham.

Empayar FLC termasuk resort mewah, padang golf dan syarikat penerbangan tambang murah Bamboo Airways.-AFP

Media Baharu