fb fb fb fb fb

Kejayaan tumpas GMRB bukti tahap risikan PDRM terbaik

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail / Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 16 Julai - Kejayaan menumpaskan Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) membuktikan tahap risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di tahap terbaik. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti keganasan dan mengambil tindakan proaktif bagi menangani perkara tersebut. 

"Fokus kita adalah Malaysia tak boleh dijadikan sebagai platform untuk merekrut ataupun untuk melakukan kutipan dana bagi membiayai aktiviti keganasan.

"Kejayaan ini menunjukkan bahawa tahap perisikan kita berada pada tahap yang terbaik dan kerana itu kita dapat menanganinya.

"Dan kita tidak akan sama sekali tidak akan kompromi dalam isu terkait dengan keganasan walaupun sasarannya adalah untuk menjatuhkan kerajaan negara asal, tapi Malaysia tidak boleh dijadikan sebagai platform," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bulan Julai 2025 di sini, hari ini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM