fb fb fb fb fb

Tahniah Anwar, PN akan teruskan perjuangan - Muhyiddin

 (Muhyiddin Yassin/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 25 November- Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Dalam masa sama, beliau yang juga bekas Perdana Menteri menegaskan PN akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen dengan membawa suara rakyat selaras prinsip demokrasi berparlimen.

"Dengan Kerajaan Persekutuan diterajui oleh Pakatan Harapan, Perikatan Nasional akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen Malaysia dengan membawa suara rakyat selaras dengan prinsip Demokrasi Berparlimen.

"Bergerak ke hadapan, PN akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip 'Prihatin, Bersih dan Stabil'," katanya dalam hantaran melalui Facebook beliau, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, gabungan parti yang bertanding bawah PN ialah Bersatu, PAS, Gerakan, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah AirKu (STAR). 

(Muhyiddin Yassin & Anwar Ibrahim/BERNAMA)

Media Baharu