fb fb fb fb fb

Rakyat sambut baik pelantikan Anwar, harap mampu stabilkan kembali ekonomi negara

JOHOR BAHARU, 25 November-Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 semalam, disambut baik rakyat Malaysia.

Beberapa penduduk di sini menyifatkan pelantikan Perdana Menteri baharu itu penting bagi mengembalikan kestabilan ekonomi negara.

Salah seorang penduduk Muzafar Abas berkata, rakyat perlu memberi peluang kepada Anwar untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin.


(Salah seorang penduduk, Muzafar Abas yang ditemui media)

"Cabaran tahun depan, memang banyak, ekonomi, kewangan, jadi jadi kita tahu pengalaman dia ada, dan hubungan dia dengan luar negara, sangat baik, walaupun kita tahu dia mengalami banyak cabaran…jadi sama sama-sama lah kita bantu dia, kita sokong dia, kita bagi dia peluang, katanya kepada media.

Bagi Sarena Teguh, yang bekerja sebagai Pembantu Pengurus Swasta, beliau berpendapat hak-hak istimewa orang Melayu seperti mana termaktub dalam perlembagaan Malaysia perlulah diberi perhatian.

" Apa yang ada dalam Perlembagaan Malaysia, dijaga dengan sebaiknya, selebih itu, keadilan, keharmonian, kecekapan mentadbir negara, dan sudah tentu ekonomi dibaik pulih…. dan juga berharap sangat supaya projek atau pembangunan yang pihak kerajaan terdahulu lakukan, diteruskan."

Bagi ahli perniagaan, Datuk Seri Mohd Harun Rahim, beliau mahu melihat ahli politik segera menghentikan pergeseran sesama sendiri sebaliknya bersama-sama berganding bahu bagi mewujudkan kestabilan politik negara.

"Kepada semua ahli politik, cukup-cukup berpolitik, kita sama-sama berganding bahu, bekerjasama, pastikan kerajaan yang ada ini, kita bantu, pastikan negara kita ini kembali berada di landasan betul, kita bagi dia tempoh masa lima tahun", katanya ketika ditemui media.

Media Baharu