fb fb fb fb fb

Datuk Seri Anwar makan tengah hari dengan rakyat di medan selera

(Datuk Seri Anwar beramah mesra dengan orang ramai)

PUTRAJAYA, 25 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyantuni orang ramai dan singgah makan tengah hari di Medan Selera Presint 8, di Putrajaya pada pukul 12.20 tengah hari tadi.

Meskipun jadual beliau padat dengan senarai tugasan hari pertama, pemimpin nombor satu negara itu sempat meluangkan masa lebih 30 minit di lokasi itu, sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya.

Orang ramai kelihatan teruja dan menyambut kehadiran Perdana Menteri dengan mesra di medan selera itu.

Peluang itu juga dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka dengan merakam foto bersama Perdana Menteri Ke-10 itu.

Terdahulu Datuk Seri Anwar memulakan tugasnya secara rasmi di Pejabat Perdana Menteri pagi tadi.


(Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali turut bersama Datuk Seri Anwar

menikmati makan tengah hari di Medan Selera Presit 8 Putrajaya)

Media Baharu