fb fb fb fb fb

Tabung Haji sumbang van dwifungsi, bernilai RM5.4 juta

PUTRAJAYA, 27 Jun - Lembaga Tabung Haji (TH) menyumbang 40 buah van serbaguna berjumah RM5.4 juta kepada Masjid, Pusat Tahfiz serta rumah kebajikan terpilih di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, kenderaan yang bernilai RM135,000 sebuah ini bersifat dwifungsi, boleh digunakan bagi pengurusan jenazah serta boleh dijadikan sebagai van penumpang untuk kegunaan ramai.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad ketika ditemui media di sini)

"Ini yang pertama kali kita adakan, boleh digunakan untuk bawa penumpang dan juga jenazah, Jika tiada urusan bawa jenazah, kita akan guna untuk bawa penumpang yang boleh muat 10 orang," katanya pada Majlis Perdana Serahan Program Mobiliti TH di Putrajaya.

Program Mobiliti TH ini juga merupakan salah satu petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan dalam Aspirasi Keluarga Malaysia untuk pencapaian enam bulan pertama tahun ini.

Sebelum ini program tersebut hanya menyumbang kepada masjid-masjid yang memerlukan namun sejak 2021 program ini telah diperluas meliputi badan-badan kebajikan seperti pusat penjagaan OKU, rumah orang tua dan rumah anak yatim.

Media Baharu