fb fb fb fb fb

UN-Habitat diharap iktiraf matlamat pembangunan lestari Malaysia

(FOTO FB MENTERI)

POLAND, 27 Jun - Malaysia berharap Program Penempatan Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) mengiktraf Matlamat Pembangunan Lestari Malaysia (SDGs Malaysia).

Ini ke arah mewujudkan Bandar Raya Mampan menjelang 2030.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata 150 pihak berkuasa tempatan (PBT) telah menyediakan pelan tindakan SDGs dan seterusnya membentangkan laporan ‘Voluntary Local Review’ (VLR).

(Datuk Seri Reezal ketika mengadakan pertemuan bersama Pengarah Eksekutif UN-Habitat,
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif di Katowice, Poland / FOTO FB MENTERI)

"UN-Habitat juga diharap seterusnya memberikan akreditasi kepada bandar raya negara di bawah program induk UN-Habitat SDG Bandar Raya.

"Malaysia juga ingin bekerjasama dengan UN-Habitat untuk meningkatkan kapasiti teknikal tempatan untuk mempercepatkan pelaksanaan bandar pintar negara," katanya dalam satu kenyataan selepas bertemu dengan pengarah eksekutif UN-Habitat Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif di Katowice, di sini.

Reezal Merican, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Bandar Dunia ke-11 (WUF11), turut menyampaikan Anugerah Tokoh Perancang Bandar Malaysia 2021 kepada Datuk Seri Maimunah.

WUF11, dengan tema "Mentransformasikan Bandar Kita, Untuk Masa Depan Bandar yang Lebih Baik" diadakan selama lima hari mulai Ahad (26 Jun).

Media Baharu