fb fb fb fb fb

TEKUN Nasional salur RM55 juta kepada usahawan Sabah

Datuk Ewon Benedick/ Foto TEKUN Nasional

KENINGAU, 9 Ogos – Sebanyak RM55 juta telah disalurkan kepada 1,108 usahawan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional di seluruh Sabah bagi tahun 2025.

Bagi Parlimen Keningau sahaja, TEKUN Nasional menyalurkan RM3.5 juta kepada 237 usahawan bagi tempoh sama.

Sehingga 31 Julai lalu, TEKUN Nasional telah menganjurkan 1,059 siri Seminar Asas Keusahawanan di seluruh negara dengan penyertaan seramai 315,184 usahawan.

0908 PORTAL DANA TEKUN 4Foto TEKUN Nasional

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata kerajaan komited memberi sokongan mencukupi kepada usahawan, khususnya di Sabah, untuk membangunkan perniagaan mereka.

Beliau memuji peranan TEKUN Nasional yang menyediakan platform pembiayaan mudah dan berpatutan kepada usahawan mikro serta kecil, termasuk melalui kemudahan pinjaman yang fleksibel.

"Seminar seperti ini amat penting kerana ia memberi ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk membolehkan usahawan berkembang dengan lebih berjaya.

"Kami di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta TEKUN Nasional akan terus berusaha membantu memperkasa golongan usahawan, terutama di Sabah, supaya mereka dapat memanfaatkan peluang-peluang yang ada di pasaran," katanya menerusi kenyataan.

0908 PORTAL DANA TEKUN 3Foto TEKUN Nasional

Terdahulu, Datuk Ewon menyampaikan Mock Cek pembiayaan berjumlah RM3.54 juta kepada 234 usahawan bagi tempoh Januari hingga Jun 2025.

Sejak 1998, TEKUN Nasional telah menyalurkan RM1.2 bilion kepada 66,350 usahawan di Sabah.

Bagi Parlimen Keningau pula, TEKUN Nasional menyalurkan RM52 juta kepada 2,821 usahawan bagi tempoh sama.

0908 PORTAL DANA TEKUN 1Foto TEKUN Nasional

Untuk maklumat lanjut mengenai program dan produk TEKUN Nasional, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi di https://www.tekun.gov.my/ms/

Artikel ini dibawakan oleh TEKUN Nasional

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM