fb fb fb fb fb

Iklan badal haji palsu, boleh lapor ke KPDNHEP

PUTRAJAYA, 27 Jun - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad mengingatkan umat Islam untuk lebih berhati-hati dengan penawaran iklan perkhidmatan badal haji dengan harga yang tidak masuk akal.

Jelasnya, orang ramai diminta melaporkan iklan-iklan meragukan kepada Kementerian Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk diambil tindakan.


(Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad semasa perhimpunan bulanan agensi dibawah
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di sini)

"Apabila kita nak pergi buat haji sebenarnya termasuklah ibadah haji ni, kita dah pergi haji baru boleh buat badal haji, dia kena juga kena bayar kos sebab tu dikeluarkan juga oleh persatuan penuntut-penuntut di Madinah kurang-kurangnya 12,000 badal haji, macam kita pergi haji.

"Jadi satu apabila harga yang agak rendah gak tu kita kena tengoklah. Yang keduanya kalau kita ada perkara-perkara yang meragukan, benda tu boleh direport kepada Kementerian Hal Ehwal Pengguna terutamanya boleh kalau perkara-perkara yang kita anggap ni satu penyalahgunaan dan menganaiyakepada pengguna, maka kita boleh report kepada mereka," katanya pada perhimpunan bulanan agensi dibawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di sini.

Pada majlis tersebut beliau turut menyaksikan majlis penyerahan sijil akreditasi MS ISO/IEC 17025:2017 daripada Jabatan Standard Malaysia kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atas kejayaan Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC).

"Dia memberi pengiktirafan dari sudut penganalisa lah, maksudnya kalau sebuah makmal tanpa akreditasi ini dia tidak valid buat ujian ataupun mengeluarkan apa-apa keputusan analisis dia, jadi dengan penerimaan pengiktirafan akreditasi ini, ia memberi satu pengiktirafan antarabangsa dan untuk kita bergerak dengan lebih jauh lagilah dan kita akan panjangkan lagi skop-skop yang akan kita mohon lagi untuk dapat akreditasi itu,"kata Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff.

Dalam majlis sama, Datuk Idris turut merasmikan laman web baharu bagi Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENSWP) iaitu www.japenswp.gov.my dan juga memperkenalkan jubah baharu yang akan diguna pakai oleh pihak pendakwa syarie di mahkamah.

Media Baharu