fb fb fb fb fb

Syarikat tempatan digalak tingkat penggunaan EV komersial

(Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada pelancaran
Trak Elektrik Volvo jenis Prime Mover yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara)

SHAH ALAM, 11 Julai- Kemajuan teknologi yang pantas akan membantu menurunkan harga kenderaan elektrik (EV) yang dianggap mahal, ketika ini.

Justeru, syarikat-syarikat tempatan perlu mengorak langkah meningkatkan penggunaan kenderaan komersial elektrik dalam perniagaan mereka.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata langkah itu bagi mencapai matlamat pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

"Kosnya adalah salah satu faktor dan saya harap dengan kemajuan teknologi dengan ekonomi, kos akan turun yang penting kita mulakan jalan ini dan ini selaras dengan matlamat kerajaan mencapai 'net zero' awal 2050,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Trak Elektrik Volvo jenis Prime Mover yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara.

MITI turut komited untuk menyokong pelabur semasa, seperti Volvo Trucks dan bakal pelabur dengan mewujudkan pertumbuhan ekosistem yang bernilai tinggi.


(Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz)

Media Baharu